TIPS BERCUTI DI KUNDASANG 2 HARI 1 MALAM


Perjalanan ke Kundasang yang berbukit dan berliku

TIPS CUTI KUNDASANG 2 HARI 1 MALAM
======================================
Untuk perkongsian kali ni, saya akan terangkan langkah 1 demi 1 untuk mereka yang nak bercuti di Kundasang sabah selama 2 hari 1 malam.
Panduan ni untuk korang yang 1st time yang nak berkunjung ke Kundasang sahaja ya...? 

 Buat tempahan awal Homestay Kundasang Buat tempahan awal Kereta Sewa Kota Kinabalu


Rumah Terbalik Tamparuli

1. Ambil penerbangan paling awal sampai di Lapangan Terbang Kota Kinabalu, biasanya paling awal jam 9 pagi.

 Sarapan di Bandaraya Kota Kinabalu
 Beli Bahan Mentah di Pasar Besar Kota Kinabalu:- Ikan segar, Sayap Ayam, Kerang, Ketam, Udang etc 
(Di sini lebih murah berbanding di Kundasang, so beli kat Kota Kinabalu ya?) Sebab apa nak kena beli?? nanti saya jawab ya..? 
 Anggaran masa di Pasar tu lebih kurang 2 jam. Jam 12 tengahari mesti dah gerak ke Kundasang.

3D Wonders Museum Tamparuli

2. Mulakan perjalanan ke Kundasang. Jika x tau, pakai GPS ya?

 Singgah di Rumah Terbalik Tamparuli
Tiket RM12.70
 Anggaran masa 1 jam
Singgah di Pekan Nabalu
Tiket PERCUMA
Tempat Jualan barang-barang cenderahati
 Kat sini cuaca dah sejuk, x payah la pakai aircond ya.. "Aircond Original" memang dah sejuk.. :D
 Anggaran masa 1 jam
 Singgah di Gerai Sayur Tepi Jalan Bundu Tuhan
 Sayur kat sini biasanya lebih murah, 3 plastik RM10 sahaja.
 Kinabalu Heritage Park (Pintu Masuk ke Gunung Kinabalu)
Tiket RM3
 War Memorial Kundasang
Tiket RM2
 Desa Cattle Dairy Farm (New Zealand Malaysia)
Tiket RM5
 New Zealand Malaysia

Gerai di Pekan Nabalu, Kota Belud

3. Cek in Homestay Kundasang
 Pastikan Homestay ada WaterHeater sebelum buat tempahan ya?
 Pastikan ada tempat BBQ (tu sebab kena beli bahan mentah di Kota Kinabalu, kat sini malam memang sejuk dan biasanya aktiviti yang paling best adalah BBQ bersama keluarga)

Kinabalu Heritage Park

4. Bangun awal pagi. Di Sabah awal 1 jam dari Semenanjung. Jam 6 pagi dah terang. Pastikan anda sempat ambil gambar Gunung pada Awal pagi...! :D

Harga Tiket Kinabalu Heritage Park

5. Bersiap untuk sarapan.
 Perjalanan ke Fishspa Tagal Luanti yang terletak di Ranau. Lebih kurang 30 minit perjalanan dari pekan Ranau.
 Kalau nak mandi di sungai bersama-sama Ikan yang jinak ni pun boleh.
 Tiket RM5

Desa Cattle Dairies Farm Kundasang


Perjalanan ke Poring Hotspring mengambil masa 30 minit dari Luanti Fishspa.
 Tiket RM10
 Boleh mandi manda di sini
 Canopy walk kena pakai kasut yang sesuai.

Lepas puas mandi-manda, bolehlah meneruskan perjalanan ke Kota Kinabalu.
 Singgah di Jambatan Tamparuli untuk mengambil gambar
 Terletak di Pekan Tampaluri

** Jika anda suka Post ini, sila 'Like' atau 'Share' ya? :)

*** Untuk Pertanyaan dan Maklumat lanjut, hubungi kami do 0168818153 / 0168281916 Whatsapp / Call / SMS

Rafail
Operation ManagerSuza Holidays Sdn Bhd
KPK/LN 8716"Bercuti lebih MUDAH bersama kami!"


#pakejcutisabah #pakejpercutiansabah #pakejcutikundasang #pakejpercutiankundasang #kotakinabalutourpackage #sabahtourpackage #pakejkesabah #tempatmenarikdisabah #trippercutiankesabah #kktourpackage #sabahtravelpackage #kotakinabalutravelpackage #sabahtrippackage

Comments